Akaun wiselearning.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Embrace Parenting Peacefully

Maklumat sembang Embrace Parenting peacefully anjuran WISE Parent..


Embrace Parenting Peacefully


Ramadan kini bakal memasuki 10 malam terakhir. 

➡️ Rasa banyak sangat momen terlepas dek kesibukan pelbagai urusan dan hadapi pelbagai cabaran hidup. 


➡️ Sedih rasa bila banyak momen tak usahakan agar digunakan untuk kukuhkan hubungan dengan Allah. 


Akibatnya tak dapat sentuhan keyakinan pada setiap langkah dalam mendidik mahupun membuat keputusan. 


➡️ Banyak peluang bulan Ramadan terlepas lagi momen eratkan hubungan dengan anak-anak. 


➡️ Ruginya rasa Ramadan dah nak berlalu tanpa dapat bangunkan upaya dan upgrade tahap diri yang lebih baik sebagai mak ayah. 


Memang benar cabaran sungguh mengurus keperluan anak-anak. Cabaran sungguh nak capai target yang diletakkan untuk Ramadan kali ni. 


Tapi, Insya Allah mak ayah masih sempat untuk catch up semula. Lagi penting cetusan hari-hari berbaki dalam bulan Ramadan ni di manfaatkan sebagai review dan susun plan untuk Embrace Parenting peacefully.


Iye sungguh! Mulakan cetusan Embrace Parenting peacefully


Apa pentingnya parenting peacefully? 

☑️ Dapat buat keputusan harian berdepan pelbagai kerenah anak dengan tenang dalam kesedaran bimbinganNya


✨ Mengukuh rasa kasih pada anak-anak biar apapun situasi dan ragam anak-anak. 


⛅ Setiap hari adalah hari baru yang akan dipenuhi dengan menghitung kesyukuran biarpun pelbagai kekurangan dan ketidaksempurnaan. 


Melihat betapa pentingnya setiap mak ayah dapat bimbingan, ketenangan dan kesyukuran dalam perjalanan mendidik anak-anak, WISE Parent berhajat menjemput mak ayah sama-sama manfaatkan Ramadan yang masih berbaki untuk 'Embrace Parenting peacefully'. 


Mesti ke mula juga di bulan Ramadan? 

Ini lima sebab yang mak ayah perlu fikirkan agar mulakan di bulan Ramadan. 

1. Ramadan hadir menyeri rumah dengan suatu kebiasaan yang berbeza dari bulan-bulan lain. Alangkah baiknya jika kebiasaan ini dapat diteruskan. 


2. Ramadan membuka peluang agar-agar hati-hati lebih sedia untuk bertaut.  Memupuk kembali ikatan kasih yang selama ini berterusan dalam kitaran kesibukan. 


3. Ramadan membawa pelbagai hadiah istimewa yang perlu mak ayah manfaatkan untuk mendidik anak-anak. Mak ayah cuma perlu jelas apa hadiah dari latihan puasa di bulan Ramadan untuk anak-anak.


4. Ramadan hadir juga membuka peluang besar untuk mak ayah level up parenting masing-masing. 


5. Bulan Ramadan juga bulan membangun inspirasi sesama ahli keluarga. Inspirasi yang diharapkan adalah anak-anak tumbuh subur memilih kebaikan. 


Ini 5 poin kritikal yang akan bantu mak ayah dalam parenting journey selepas Ramadan pula. Atas kesedaran besarnya peluang bulan Ramadan, WISE parent nak jemput :

1. Mak ayah yang nak teruskan inspirasi kebaikan lepas Ramadan.


2. Mak ayah yang nak teruskan momentum parenting peacefully.


3. Mak ayah yang dah mula bina latihan Ramadan pada anak-anak. 


4. Mak ayah yang rasa banyak terlepas momen dengan anak-anak. 


5. Mak ayah yang nak level up parenting kini. Mak ayah ini faham anak-anak mereka makin grow, maka mereka perlu level up parenting juga. 


Jom mak ayah yang nak keluar dari kitaran serabut, geram dan risau dalam mendidik anak-anak. Kita sama - sama teroka apa ada dalam Embrace Parenting Peacefully.


Ada apa dalam sesi sembang Embrace Parenting Peacefully? 


1. Apa ada dalam hari-hari berbaki bulan Ramadan yang patut dimanfaatkan untuk level up parenting?


2. Peserta akan meneroka tiga level dalam parenting peacefully. Peserta akan kenalpasti level parenting kini.


3. Apa ada pada bulan Ramadan sebagai pelyang didik anak-anak?


4. Apa strategi yang sesuai agar mak ayah dapat terus kekal berpengaruh pada anak dan jadi inspirasi buat anak-anak?


5. Akhir sekali, apa strategi yang mak ayah boleh plan awal agar momentum dan semangat Ramadan terus segar? Kalu dapat hingga diizin bertemu Ramadan berikutnya.


Jom sama-sama kita Embrace Parenting Peacefully. 


Perkongsian Istimewa dari Puan Mardhiah Samsuri:


_Embracing parenting peacefully during Ramadan_


Medium : Kelas Fizikal & Online

Masa : 9pg - 1ptg

Tarikh : 16 April 2023 (Ahad)

Yuran : RM50

Alamat : 2-8-12 Block 2, Level 8 Residensi Alami, Shah Alam.



Ini tiga langkah yang anda perlu buat untuk mendaftar :

1. Pilih sesi kelas fizikal atau online. 

2. Isi butiran diri

3. Selesaikan pembayaran.


Daftar segera kerana sesi sembang ini tak akan ada ulangan.