BOOTCAMP CUTI SEKOLAH 29 MEI HINGGA 1 JUNE
"Ibu ayah, abang dan akak rindu suasana Ramadhan mudah nak baca Quran selalu ke masjid."
Masa Ramadan banyak perkara gembira untuk anak-anak.
Dalam bulan Ramadan:
☑️ Anak-anak teruja untuk teroka bacaan Quran
❤️ Anak-anak berlumba untuk tambah surah baru.
☑️ Anak-anak makin dekat dengan masjid.
❤️ Anak-anak menanti momen iftar bersama.
Berlalu Ramadan, kesibukkan rutin baru mengganti momen semasa Ramadan.
Kesannya ada anak jadi :
⛔️ Liat nak bangun pagi
⛔️ Payah nak diajak bersama membaca Al-Quran.
⛔️ Lari jadual Solat mereka.
⛔️ Belum lagi ambil kira yang jadi kuat meragam dek banyak berjalan.
Apa yang ibu ayah boleh buat untuk anak on track semula seperti Ramadan dalam waktu anak di rumah waktu cuti sekolah akan datang..
❗Sungguh berat mak ayah nak kena kejut anak-anak bangun untuk Subuh selama berjam.
‼️Bertambah risau bila anak terbiar leka tak ada apa dibuatnya sepanjang cuti.
⁉️Mak ayah pula pening dan penat nak suaikan antara keperluan kerja dan anak2 bila anak mula cuti sekolah.
Atas kesedaran itu kami wujudkan 4 hari Bootcamp Q-STEAM di Surau Jumaat Ar-Raudhah di Paya Rumput Perdana Melaka dan
Bootcamp Q-STEAM sebagai usaha mencetus kembali keterujaan dengan Al-Quran melalui penerokaan ayat-ayat Al-Quran untuk anak-anak lebih mengenali diri mereka.
Fokus Bootcamp Q-STEAM Mei 2023 pada :
1️⃣ Explore yourself
2️⃣ Explore mind and brain
3️⃣ Explore heart
4️⃣ Explore foods.
Bootcamp yang bakal berlangsung selama 4 hari akan mendedahkan anak-anak dengan alat belajar yang membuatkan anak lebih teruja menghasilkan projek berdasarkan ayat Al-Quran pilihan berdasarkan 4 tema.
Apa anak-anak anda akan lalui dalam bootcamp?
Langkah pertama:
Anak belajar mencetuskan pelbagai persoalan pada topik pilihan.
Langkah kedua:
Anak-anak dibawa meneroka kerangka fikir 'design'.
Langkah ketiga:
Anak-anak bekerjasama dalam kumpulan menghasilkan karya atau projek berkaitan ayat.
Langkah keempat:
Anak-anak menjelajahi kekuasan dan kehebatan Allah dalam penciptaan manusia. Ini yang banyak hilang dalam pembelajaran hari ini.
Kerangka Q-STEAM menyatukan kembali teruja pada sains dan teknologi dengan keagungan dan kehebatan Allah. Menundukkan rasa takjub pada diri kepada keESAan Allah yang tiada sekutu.
Bootcamp Q-STEAM bukan sekadar mahu mencetuskan minat dengan Al-Quran apatah lagi kekaguman pada sains dan teknologi.
Bootcamp Q-STEAM mahu membawa anak-anak merasai betapa baiknya dan hebatnya Allah yang maha teliti mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
Sebaik-baik ciptaan ini yang anak - anak akan teroka secara khusus dalam bootcamp Q-STEAM yang akan dijalankan selama 4 hari.
Ini maklumat Bootcamp Q-STEAM:
???? Melaka
Surau Jumaat Ar-Raudhah, Paya Rumput Perdana , Melaka.
????Johor Bahru
Masjid Jamek Nurul Takzim, Kg Dato' Sulaiman Menteri, Majidee Johor Bahru.
Daftar segera supaya sama-sama kita usahakan anak-anak terus teruja dengan kerangka fikir mengagungkan Rabb yang maha indah karyaNya.